Pendidikan
khas merupakan program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan
murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik
yang bersesuaian dengan murid-murid khas. ini termasuk menggunakan sumber dan
peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.
Murid berkeperluan khas merupakan golongan yang mengalami pelbagai masalah kecacatan yang menyebabkan mereka bermasalah dalam mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak normal.
Murid berkeperluan khas merupakan golongan yang mengalami pelbagai masalah kecacatan yang menyebabkan mereka bermasalah dalam mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak normal.
Menurut Dr. Chua Tee Tee (1982),
murid berkeperluan khas merupakan satu program pendidikan yang dirancang khas
untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.Terdapat
juga murid berkeperluan khas iaitu kanak-kanak pintar cerdas yang berkebolehan mental jauh lebih
tinggi daripada kanak-kanak normal. Keadaan ini berlaku kerana mereka memiliki
kebolehandan perkembangan yang amat pantas.
Terdapat lapan kategori kanak-kanak berkeperluan
khas iaitu kerencatan akal, disleksia, autism, syndrome down, hiper aktif, slow learner, cacat
penglihatan dan cacat pendengaran. Masalah –masalah yang mereka
hadapi menyebabkan mereka perlu ditempatkan berasingan daripada murid-murid
normal. Mereka amat sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain dan menyebabkan
memerolehan dan pemberian ilmu daripada guru amat terbatas. Penempatan mereka
yang berasingan dengan arus sekolah perdana menyebabkan kemahiran komunikasi
dan sosial mereka terbantut dan sering disisihkan. Keperluan asasi dan
perkembangan pendidikan mereka kadangkala tidak diberi perhatian yang
menyeluruh oleh pihak sekolah disebabkan oleh kesukaran untuk mengukur tahap
pencapaian mereka. Ini telah mewujudkan ketidaksamaan pendidikan yang amat
besar kepada mereka.
2.0 Siapakah Murid-murid Keperluan Khas?
Pendidikan
khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa
kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000) .Mengikut Heward
(2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif.
Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau
mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif
dalam sekolah atau masyarakat.
Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan
sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu
program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi
intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan
perkembangan yang normal.