JOURNAL REFLEKTIF(T1A3)

Di Malaysia, Pendidikan Khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Murid pendidikan khas terbahagi kepada tiga kategori iaitu masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan.
            Menurut Guru Besar ,sekolah saya bersiap   sedia  untuk  melaksanakan program pendidikan inklusif. Namun kepakaran  guru dan  kemudahan  infrastruktur  perlu   diperbanyakan dan   dipertingkatakan lagi sebelum program ini dapat dilaksanakan. Pihak sekolah perlu membuat perancangan yang rapi sebelum mempertimbangkan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah masing-masing. Pihak  pentadbir perlu peka, arif dan memahami konsep sebenar Program Pendidkan Inklusif supaya matlamatnya tercapai.
Sebenarnya ,sekolah berenrolmen kecil lebih sesuai bagi menjalankan program ini dengan berkesan. Ini adalah kerana kemasukan murid-murid berkeperluan khas tidak banyak memberi impak kepada bilangan murid di dalam sesuatu bilik darjah.Penerangan dan pemantauan yang berterusan dari pihak Jabatan PendidikanKhas juga perlu diambil perhatian Memaklumkan kepada ibu bapa murid-murid normal seperti yang dilakukan oleh pihak sekolah ini turut membantu menghebahkan program ini supaya diterima oleh semua warga sekolah .
            Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh yang demikian, cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan PPI supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.
                Saya mempunyai pengalaman mengajar kelas linus tegar di sekolah. Oleh itu,  saya berminat dan berasa yakin untuk mengajar murid –murid berkeperluan khas sekiranya sekolah saya mempunyai kelas pendidikan khas. Selain daripada itu, ia juga adalah satu bidang yang mencabar, hanya mereka yang berani, kental danikhlas sahaja boleh berada dalam bidang pendidikan khas ini.Pada pendapat saya, menjadi seorang guru pendidikan khas sangat mencabar penyandangnya. Tugas itu terlalu berat untuk dipikul untuk guru yang masih belum menguasai tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi.  Guru pendidikan khas perlu menyelami  perasaan  muridnya  dan  berkongsi  rasa  suka  dan  duka  yang  dialami mereka.  Pelbagai ragam harus ditangani dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan.

Pengalaman bekerja dengan mereka adalah pengalaman yang sukar dicari dalam bidang lain. Perkara ini membuatkan hidup kita lebih bermakna. Melalui tugas sebagai guru yang mendidik anak-anak istimewa ini, membolehkan kita melihat nilai dan cabaran dalam diri individu serta bagaimana mereka berusaha mencapai sasaran yang telah kita tetapkan.Usaha dan kegigihan mereka dalam mencapai sasaran itulah yang menjadikan kita lebih bersyukur pada diri sendiri di samping menimbulkan rasa ingin membantu mereka dengan sedaya upaya kita.
            Saya rasa yakin dalam pengajaran pendidikan inklusif terhadap murid berkeperluan khas ialah pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas.Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas.Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.Pada pendapat saya, program yang dijalankan ini adalah cukup nyata dan terang matlamatnya untuk membantu murid-murid tersebut.
            Selain daripada itu,  kaedah yang dijalankan untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas dapat saya kuasai pada masa depan. Antaranya beberapa kaedah yang berguna iaitu,kaedah koperatif, kaeda permainan, terapi pertuturan dan selainnya. Untuk saya adalah lebih menyukai kaedah pendekatan melalui permainan kerana ia ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
            Sebagai seorang guru pendidikan khas, saya haruslah bertanggungjawab untuk mendidik mereka. Sudah diketahui umum bahawa bukan semua murid-murid berkeperluan khas ini mampu membaca, menulis seperti rakannya yang lain tetapi menjadi satu kebanggaan kepada gurunya apabila murid mereka mampu berdikari dan mengurus keperluan diri sendiri. Ia merupakan kejayaan terbesar yang dan hadiah yang tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa yang lama untuk dididik. Justeru itu, guru seharusnya bertanggungjawab menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat murid dalam pembelajaran.  Ia merupakan kejayaan terbesar yang dan hadiah yang tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa yang lama untuk dididik.. Seperti yang dikatakan oleh Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), bahawa pengajaran yang dilakukan kepada murid pendidikan khas perlu pendekatan kreatif dan kritis serta mempunyai kaedah pengajaran tersendiri.


Guru pendidikan khas juga akan berasa tertekan kerana cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi ialah murid-murid sendiri. murid-murid ini akan melakukan pelbagai aksi ataupun sikap untuk menunjukkan sikap memberontak, marah, sedih dan sebagainya. Jadinya, kaedah dan teknik yang dijalankan untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas adalah penting.Seterusnya ialah cabaran daripada ibu bapa apabila meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru untuk mengubah anak mereka. Apabila wujud kesedaran ibu bapa terhadap masalah pembelajaran anak-anak mereka, mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah. Mereka akan mula mengharapkan perubahan terhadap anak mereka sedangkan guru hanya mendidik semasa murid di sekolah sahaja. Tetapi dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas, guru pendidikan khas merasakan mereka mampu membawa perubahan kepada anak-anak istimewa ini.
Di dalam kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran, saya mendapati setiap kanak-kanak khas mempunyai tingkah lakunya yang tersendiri. Hal ini dapat membuktikan bahawa prinsip perbezaan individu jelas wujud dalam semua manusia termasuk kanak-kanak berkeperluan khas.Sikap dan perlakuan yang ditunjukkan oleh mereka berbeza mengikut setiap penyakit yang dihadapi masing-masing.
Sebagai seorang guru pendidikan khas perlukan sifat pandai memujuk murid. Sifat ini diperlukan untuk menangani pelajar yang agrasif. Murid seperti ini tidak boleh dimarahi kerana mereka akan menjadi lebih agresif. Di sinilah pentingnya sifat memujuk dan tahap kesabaran yang tinggi. Layanan yang diberikan kepada pelajar ini perlulah dengan penuh berhemah.

Komunikasi antara guru dengan murid dan ibu bapa adalah sangat penting dalam mewujudkan perhubungan yang baik. Ciri positif komunikasi tersebut ialah guru boleh berinteraksi dengan baik. Dengan interaksi yang berlaku akan mewujudkan pelbagai perasaan yang positif seperti kepercayaan, empati dalam diri, penerimaan murid dan sebagainya. Dengan interaksi dua hala ini ibu bapa senang untuk mengadakan perbincangan dan meluahkan pandangan serta idea. Petikan daripada Khutbah Jakim juga menyatakan bahawa hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru penting supaya usaha mengasuh dan mendidik anak berjalan dengan lancar

Menjadi guru pendidikan khas bukanlah suatu tugas yang mudah. Saya perhatikan, guru-guru pendidikan khas di sana mempunyai sifat sabar yang cukup tinggi dalam mengendalikan kelas serta menguruskan pelajar-pelajar mereka. Teras utama dalam menguruskan pelajar-pelajar berkeperluan khas ialah kesabaran. Pengalaman dan ilmu yang ditimba akan disematkan dalam minda saya dan diingati supaya dapat menjadi guru pendidikan khas yang berwibawa seperti mereka kelak.
Untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan, guru haruslah mempunyai ilmu yang cukup dan kecerdasan minda dalam menyelesaikan masalah. Ilmu menjadi sesuatu yang penting untuk guru-guru ini mengenalpasti murid-murid mereka dengan baik dan mencari jalan penyelesaian yang baik dan sesuai untuk setiap murid. Ilmu bukan sahaja melalui pembacaan tetapi guru-guru ini boleh menghadiri kursus, menyambung pengajian dan bertanyakan pakar adalah salah satu daripada ilmu yang diperolehi. Dengan ilmu yang ada, guru-guru dapat menggunakan kecerdasan minda mereka dalam menghadapi muird-murid ini.

Melalui tugasan  ini, ia mengajar saya untuk memerhati dan mengkaji sesuatu tingkah laku yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar Ia juga memberi input tentang kesan dan impak sekiranya kita tidak membantu kanak-kanak PKBP dalam mengurus dan mengubah tingkah laku negatif mereka. Hal ini sedikit sebanyak dipertanggungjawabkan ke atas guru pendidikan khas, saya berasa yakin dan bersedia untuk  menjadi  seorang guru pendidikan khas,jadi sebagai seorang  guru pendidikan khas kelak, saya perlu memahirkan diri saya dengan semua ilmu yang ada untuk membantu kanak-kanak pendidikan khas.Saya berasa gembira dan tabah dalam mendidik sorang murid berkeperluan khas.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru pendidikan khas bukan sekadar menjadi guru biasa tetapi sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid kepada guru adalah melebihi murid-murid yang normal. Namun, sebagai seorang guru, keikhlasan dalam mendidik menjadikan mereka seorang yang berfikiran positif, bersikap menerima dan sebagainya. Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi tetapi didiklah mereka kerana mereka berpeluang untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kebergantungan kepada keluarga, masyarakat dan negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan