Ahad, 20 Mac 2016

PENGENALAN

Pendidikan khas merupakan program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.
Murid berkeperluan khas merupakan golongan yang mengalami pelbagai masalah kecacatan yang menyebabkan mereka bermasalah dalam mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak normal.
Menurut Dr. Chua Tee Tee (1982), murid berkeperluan khas merupakan satu program pendidikan yang dirancang khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.Terdapat juga murid berkeperluan khas iaitu kanak-kanak pintar cerdas yang berkebolehan mental jauh lebih tinggi daripada kanak-kanak normal. Keadaan ini berlaku kerana mereka memiliki kebolehandan perkembangan yang amat pantas.
Terdapat lapan kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu kerencatan akal, disleksia, autism, syndrome down, hiper aktif, slow learner, cacat penglihatan dan cacat pendengaran. Masalah –masalah yang mereka hadapi menyebabkan mereka perlu ditempatkan berasingan daripada murid-murid normal. Mereka amat sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain dan menyebabkan memerolehan dan pemberian ilmu daripada guru amat terbatas. Penempatan mereka yang berasingan dengan arus sekolah perdana menyebabkan kemahiran komunikasi dan sosial mereka terbantut dan sering disisihkan. Keperluan asasi dan perkembangan pendidikan mereka kadangkala tidak diberi perhatian yang menyeluruh oleh pihak sekolah disebabkan oleh kesukaran untuk mengukur tahap pencapaian mereka. Ini telah mewujudkan ketidaksamaan pendidikan yang amat besar kepada mereka.
2.0 Siapakah Murid-murid Keperluan Khas?
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000) .Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat.
Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal. 

2 ulasan: