HALANGAN-HALANGAN DALAM USAHA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN CARA MENYELESAIKAN

6.1Masalah Penguasaan Dalam Pembacaan

Keupayaan untuk membaca merupakan salah satu kunci kejayaan akademik.Ramai pelajar yang kurang upaya tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk membaca di peringkat sekolah.Mereka masih boleh belajar fonik asas dan kemahiran perkataan di pengenalan.Mereka boleh belajar bagaimana untuk menggunakan strategi untuk membantu mereka memahami perkataan yang ditulis, frasa, dan ayat.Beberapa buku-buku teks dan lembaran kerja memberi cabaran tambahan kepada pelajar-pelajar untuk mereka lebih faham tentang isi pengajaran.
            Terdapat beberapa langkah adalah dapat dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
i)                    Mengetengahkan idea-idea yang penting dan memberitahu pelajar untuk membaca terlebih dahulu.
ii)                  Beri pelajar kajian panduan untuk diikuti apabila mereka perlu membaca sendiri.
iii)                Mari pelajar menggunakan sebuah buku yang ditulis pada tahap yang lebih rendah gred. Ini boleh membantu pelajar memberi perhatian yang lebih kepada idea-idea utama.
iv)                Mempunyai rakan belajar membaca
v)                  Menyediakan buku-buku dan bahan-bahan pengajaran yang lain dalam format braille atau timbul.
vi)                Optik penambah atau pembesar.

6.2Masalah Ruang Yang Tidak Mencukupi

Bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah yang secara fizikalnya boleh dilihat adalah masalah ruang.Murid-murid yang mengalami masalah masalah Hiperaktif, ADHD dan bermasalah emosi.memerlukan satu ruang yang agak luas bagi membantu mereka dari segi perkembangan emosi serta perubahan tingkah-laku mereka. Berdasarkan pengalaman Pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran, ruang yang terhad sedikit sebanyak membataskan bukan sahaja pergerakaan murid malah pergerakkan Pelatih. Batasan pergerakkan ini tidak memberi ruang dan peluang kepada murid untuk melakukan aktivit pergerakkan dalam bilik darjah.Contohnya, Pelatih ingin membuat pertandingan secara berkumpulan dalam menyiapkan latih tubi matematik di papan putih. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokkan murid kerana murid perlu bergerak tetapi meriah dengan sorakkan rakan lain.
Untuk menyelesaikan masalah yang begitu susah ini, pihak guru harus mereflek keadaan ini kepada pihak sekolah. Kementerian Pendidikan adalah harus memberi peruntukan kewangan kepada pihak sekolah untuk meluaskan kawasan sekolah.Isu ini boleh dilihat pada sekolah-sekolah lama dan juga pembukaan program Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran untuk memenuhi keperluan pertambahan murid di sesebuah kawasan sekolah itu.Dengan ini, guru barulah mempunyai ruang yang mencukupi untuk menjalankan PdP mereka.

6.3Kemampuan Guru Pendidikan Khas Diri Dan Masa Yang Tidak Mencukupi

Kepelbagaian kecacatan yang dialami murid juga bukan sahaja banyak mempengaruhi kesediaan murid dalam menerima pembelajaran malah juga melibatkan kemahiran guru itu sendiri. Harus difahami bahawa kepelbagaian kecacatan merangkumi maslah sensori, neorologi, psikologi dan tingkah – laku  dalam diri seorang murid. Tidak untuk menafikan hak murid tersebut untuk belajar, namun gak sukar bagi seorang guru yang terhad kemahirannya untuk membimbing murid yang mengalami kepelbagaian yang pelbagai dan melebihi saeorang dalam satu – satu masa.Contohnya seorang guru hanya mahir dalam masalah pembelajaran murid tetapi tidak mahir dalam masalah perubahan tingkah – laku atau masalah pertuturan murid.
Jadinya,bagi mengatasi masalah murid ini diperingkat sekolah, beberapa orang guru perlu memberi tumpuan kepada murid ini dalam satu demi satu waktu. Namun perlu diingat memberi tumpuan khusus kepada seorang akan menyebabkan rakan – rakan lain terabai.Dengan ini, guru pendidikan khas adalah dapat berfokus untuk menjalankan PdP terhadap murid-murid masalah masing-masing.

6.4 Kesabaran Yang Terhad


Guru-guru adalah harus menyumbangkan kesabaran dan masa yang selebihnya untuk mengajar murid-murid berpendidikan khas. Oleh sebab mengajar murid berkeprluan khas akan menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan, jadinya guru pendidikan khas yang baik harus mempunyai sifat sabar yang tinggi. Kesabaran ini diperlukan ketika menghadapi karenah murid-murid ini.Hal ini kerana murid berkeperluan khas ini sangat unik dan mempunyai pelbagai karenah dan perangai tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk.Untuk menghadapi situasi ini, seorang guru haruslah sentiasa berupaya mendengar dengan tekun, mengawal perasaan, serta menghargai murid. Jika kesabaran tidak dapat dipraktikkan, maka guru ini akan mengalami situasi yang sangat sukar dalam mengendalikan murid-murid dan kemungkinan guru-guru ini juga akan mengalami kemurungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan