1.0
CARA MENILAI MURID BERKEPERLUAN KHAS
1.1 Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam
Pembelajaran
Instrumen
Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan satu alat untuk
mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan
khas. Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yang mempunyai
masalah dalam pembelajaran.Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan
untuk pengamal perubatan membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid.
Guru atau
penilai perlu berbincang dengan ibu bapa / penjaga jika didapati murid
berkemungkinan mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa
bersama ketika berjumpa pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk
pengesahan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Instrumen ini dibahagikan kepada dua
bahagian:
Bahagian
A : Maklumat
Murid
Bahagian
B : Senarai
Semak
i.
Elemen 1 : Tanda-tanda Masalah
Pendengaran
ii.
Elemen2:Tanda-tanda Masalah Penglihatan
iii.
Elemen 3 :
Tahap Penguasaan Kemahiran
Asas Perkembangan Individu
iv.
Elemen 4 : Tahap Penguasaan Mengeja,
Membaca dan Menulis
v.
Elemen 5 : Tahap Penguasaan Nombor
1.1 Objektif
Saringan dijalankan bertujuan untuk
memenuhi keperluan berikut:
i)
Mengesan murid yang berkebarangkalian
mempunyai masalah dalam pembelajaran.
ii)
Memastikan murid mendapat akses
perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian mengikut keperluan.
1.3Kumpulan Sasaran
Instrumen ini boleh digunakan bagi kumpulan murid
berikut:
(i)
Murid LINUS Tegar
(ii)
Murid Program Pemulihan Khas
(iii)
Murid yang mempunyai kebarangkalian
berkeperluan khas
1.4 Kriteria Murid Yang Dinilai
i)
Murid telah melalui proses pembelajaran untuk
tempoh tidak kurang daripada enam bulan;
ii)
Murid mempunyai kesukaran dalam penguasaan
kemahiran membaca, menulis dan mengira;
iii)
Murid mempunyai prestasi yang rendah dalam mata
pelajaran akademik;
iv)
Murid telah diberi langkah-langkah pemulihan
melalui program pemulihan dalam kelas atau Program Pemulihan Khas.
1.5 Kriteria Penilai
i)
Penilai hendaklah telah mengajar murid yang hendak
dinilai sekurang-kurangnya selama enam bulan.
ii)
Contoh guru yang boleh menjadi penilai:
a)
Guru LINUS;
b)
Guru kelas;
c)
Guru Pemulihan Khas;
d)
Guru Bahasa Malaysia;
e)
Guru Matematik.
2.0 PENILAIAN TERHADAP MURID-MURID YANG DIKAJI
Dalam kelas yang
diajar, 10 orang murid Tahun 1 telah dipilih untuk menyertai penilaian dengan Instrumen
Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (Rujuk Lampiran 1). Terdapat 5
elemen telah terlibat dalam penilaian tersebut, iaitu Tanda-tanda Masalah
Pendengaran, Tanda-tanda Masalah
Penglihatan, Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu, Tahap
Penguasaan Mengeja, Membaca dan Menulis
dan Tahap Penguasaan Nombor.
Murid
|
Elemen
1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran
|
Elemen
2 Tanda-tanda Masalah Penglihatan
|
Elemen
3 : Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu
|
Elemen
4 : Tahap Penguasaan Mengeja, Membaca dan Menulis
|
Elemen
5 : Tahap Penguasaan Nombor
|
Nimrod
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Lim
Wen Kang
|
/
|
/
|
0
|
0
|
0
|
Lim
Wen Gee
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Lee
Yi Heng
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Ong
Si Yun
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Crystal
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Thiban
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Thiya
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Aryanna
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Tiew
Wen Bin
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Nota: (/=Lulus,
0=Gagal)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan