CADANGAN PERANCANGAN

5.1 Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit

         Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar.
          Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka. Contohnya, ketika mengajar subjek sains guru hendaklah menunjukkan contoh yang konkrit kepada murid bermasalah pembelajaran.

5.2 Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’ dalam komputer dan ‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang ‘stereotype’. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak.

5.3 Cara Kerja

Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.

5.4 Mewujudkan Suasana Pembelajaran Yang Sesuai DanMenyeronokkan

            Suasana pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berlaku kerana suasana pembelajaran yang bising akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru terpaksa menggunakan masa pembelajaran menguruskan hal ehwal murid sedangkan masa yang diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah terhad. Murid-murid merupakan golongan yang paling mudah kehilangan fokus. Apabila suasana yang bising, tumpuan perhatian mereka akan terganggu.
            Dalam langkah ini, menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah akan menyeronokkan pelajar. Keadaan ini akan memudahkan guru melaksanakan pengajatan mereka. Contohnya, melaksanakan kaedah permaianan.Kaedah permainan adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.Melalui teknik ini juga telah mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.Dengan bermain juga kanak-kanak dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

5.5 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Yang Menarik

            Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid untuk terus berfokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik.
            Untuk mendidik murid berkeperluan khas, bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping mengekalkan minat belajar. Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran.
            Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian seperti contoh yang diberikan tersebut sememangnya mendatangkan faedah kepada guru dan murid pendidikan khas hanya apabila ia digunakan secara berkesan. Contohnya bahan keperluan asas, bahan ini digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dan rencam bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
i)                    Bahan carta : wall pocket: RPI, data murid, dll
ii)                  Kelengkapan menulis, bahan dinding dan Bahan tekapan getah

5.6 Menjalankan Kaedah Terapi

            Terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka.Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka.Contoh terapi yang dijalankan ialah terapi muzik dan terapi Fisio.

            Dalam perbincangan terapi muzik terhadap murid.Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza.Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita.Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Manakala untuk terapi fisio dan terapi cara kerja adalahsalah satu cara yang dapat membantu murid pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama.Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan.Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih boleh dilaksanakan berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan